Tahukah anda, pengurusan tanaman yang sistematik mengikut Amalan Pertanian Baik (APB) merupakan kunci utama untuk memastikan pertumbuhan tanaman yang sihat serta penghasilan hasil yang berkualiti dan berdaya saing?
.
Pada fasa permulaan dan penyediaan, pemilihan benih sah dan varieti unggul amat penting bagi memastikan kadar percambahan tinggi serta ketahanan terhadap penyakit dan perubahan cuaca.
.
Selain itu, kesihatan tanah perlu diberi perhatian dengan memastikan pH tanah sesuai dan jarak tanaman mencukupi bagi memaksimumkan penerimaan cahaya.
.
Aktiviti pemangkasan yang betul juga membantu merangsang pembentukan bunga dan buah dengan lebih baik.
.
Dalam fasa penjagaan dan perlindungan, pembajaan tepat mengikut prinsip 4 tepat iaitu tepat jenis, kadar, masa dan cara perlu diamalkan bagi menyokong pertumbuhan akar, batang dan buah.
.
Pengurusan air yang cekap melalui sistem pengairan seperti titis atau fertigasi penting bagi mengelakkan masalah kekurangan atau lebihan air.
.
Selain itu, kawalan perosak bersepadu (IPM) melalui pemerhatian berkala, sanitasi ladang dan penggunaan varieti tahan perosak membantu melindungi hasil tanaman secara lestari.
.
Rujuk infografik untuk memahami panduan lengkap pengurusan tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik.
#myDOA #AmalanPertanianBaik #PanduanMenanamDOA

